Saturday, August 11, 2007

Ali Setan, Filem Definitif Ogy Tahun 1980an

Seperti anda tahu, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud ialah Simon Cowell dan Paul Moss versi wanita Malaysia, sebagai hakim garang yang ternama di Akademi Fantasia 5.

Blogger mempersembahkan sebuah novel untuk mengenang kehebatan karier lakonan Ogy di tahun 1980an.

Ia bertajuk Ali Setan dan diadaptasikan (dengan perubahan minor) dari dua filem Ali Setan (Ali Setan 1 pada tahun 1985 dan Ali Setan 2 pada tahun 1986) yang menaikkan karier lakonan Ogy.

Novel ini adalah karya blogger dan setia kepada filem-filem yang dicipta oleh rakan skrin kegemaran Ogy iaitu Azmil Mustapha, seorang aktor ternama Malaysia di zaman 1980an.

Azmil digelar Michael J. Fox Malaysia sebab dia kacak, comel dan ceria sebagai pelakon. Dia baru sahaja tinggalkan dunia seni untuk menguruskan bisnes dan menjadi guru agama kanak-kanak.

Filem terakhir Azmil ialah Puteri Gunung Ledang (2004) yang turut dibintangi Brooke Shields Malaysia Datin Seri Tiara Jacquelina Eu, dan pengetua Akademi Fantasia 3 M. Nasir.

Ali Setan 1 berjaya memberikan Azmil anugerah Aktor Terbaik dan Ogy anugerah Aktres Terbaik di Pesta Filem Malaysia 1986.

Bintang filem Ali Setan ialah Azmil (Ali), Ogy (Asmidar), Izi Yahya (Jeffri), Sheila Majid (Tipah), Ebby Saiful (Latif), Datuk Shah Rezza (Jalil), Liza Abdullah (Emy), Azlina Aziz (Zaiton), Peggie Ng (Violet), Salih Yaacob (Abu), Faizal Hussein (Shukor), George Teoh (George), Sarabjit Singh (Sarban), Erma Fatima (Tina), N D Lala (Ersat), Datuk Jins Shamsuddin (Tan Sri), Omar Abdullah (Haji Darus) dan Jalaluddin Hassan (Pangeran).

Sheila ialah bekas isteri pengetua Akademi Fantasia 5 Roslan Aziz dan juga ratu jazz Malaysia.

Shah ialah usahawan terkenal serta pengurus perkahwinan. Dia telah menguruskan perkahwinan ratu pop Malaysia Siti Nurhaliza pada tahun 2006.

Azlina (yang peluk Zamil Idris dalam artikel lama Raja Senyum) ialah seorang penyanyi sensasi negara di tahun 1980an bersama adiknya Liza Aziz. Arwah ibu bapa mereka Aziz Jaafar dan Normadiah ialah legenda skrin dan nyanyian Malaysia.

Peggie ialah bekas pengacara TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Erma ialah direktor dan aktres terkenal serta kakak kepada Kate Winslet Malaysia, aktres ternama Umie Aida Rahmad.
Mereka berdua adalah mentor Mas Ghani Akademi Fantasia 2 dalam karier lakonannya.

N D Lala ialah hos TV yang dihormati dan bapa kepada penyanyi baru Shahila Amir.

Jins ialah aktor veteran yang amat dihormati dan protege kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar Sean Connery Malaysia.

Omar ialah hos popular di TV3.

Jalaluddin ialah aktor popular dan hos edisi Malaysia untuk Who Wants To Be A Millionaire? Dia adalah adik kepada ketua polis Malaysia Tan Sri Musa Hassan.

Izi, yang meninggal dunia tahun ini, terkenal sebagai aktor watak jahat di TV dan filem. Allahyarham digelar Sean Bean Malaysia.

Ali Setan Bahagian Satu

Zaman Awal Saya

Hi, kawan-kawan! Anda mesti kenal saya. Anda pasti sudah tonton filem saya iaitu Ali Setan tahun 1985 dan Ali Setan 2 tahun 1986.

Saya turut muncul dalam iklan seperti KFC Colonel Burger di hujung tahun 1980an.

Oleh sebab kawan-kawan dah kenal saya, sudah tentu kawan-kawan nak dengar kisah hidup saya.

Kisah hidup saya dalam filem tak berapa tepat. Maafkan saya kerana cakap banyak, tapi saya mahu paparkan kisah hidup saya yang sebenar.

Filem tak banyak paparkan zaman awal saya - kawan saya, sekolah saya, famili saya. Saya ingin ceritakan segalanya sekarang.

Saya dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ayah saya ialah Sutan Takroh, dan ibu saya ialah Wan Kamariah.

Ayah saya seorang putera raja Minangkabau dari Negeri Sembilan dan ibu saya ialah puteri Kelantan.

Saya kurang kenal mereka, sebab mereka bercerai ketika umur saya setahun, dan ibu tinggalkan ayah dan berkahwin dengan tauke Brunei di Singapura bernama Pangeran Zain.

Dia kemudian meninggal akibat penyakit astma, tapi sempat melihat anak tirinya Jeffri dan Ersat pergi ke sekolah.

Ayah dan ibu adalah staf putera Kedah merangkap tauke dan ahli politik Jeneral Tan Sri Adam Ahmad, rakan sekolah dan rakan tentera Pangeran Zain serta musuh bisnesnya.

Tan Sri dan Pangeran sekarang dah baik semula, tapi dulu mereka adalah musuh ketat.

Ayah ialah drebar Tan Sri, ibu pula tukang masaknya.

Ayah meninggal akibat leukaemia ketika umur saya 2 tahun.

Tan Sri ada hubungan darah dengan ibu bapa saya. Jadi, Tan Sri adalah pakcik saya.

Atas wasiat ayah, Tan Sri menjadi ayah angkat saya.

Tapi Tan Sri ingin buatkan saya menjadi menantunya.

Tan Sri mempunyai seorang anak perempuan yang kecil molek dan dua tahun lebih muda dari saya. Namanya Umi Latifah, tapi dia dipanggil Tipah oleh ibu bapanya.

Semasa umur saya 12 tahun, Tan Sri buatkan saya mengahwini Tipah.

Saya masih kecil, dan tidak pandai berfikir masa itu.

Oleh itu, saya tidak menolak permintaan Tan Sri.

Saya tidak pernah bercinta dan tidak menyintai Tipah. Dia hanya adik saya.

Oh, ya! Saya ingin perkenalkan kawan-kawan rapat saya.

Geng saya ni ada 6 orang. 3 daripada mereka saya kenal semasa di sekolah rendah. Yang 3 lagi saya kenal di Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town, Pulau Pinang.

Abdul Latif Ali, Abu Bakar Abdul Rahman, dan Tengku Jalil Ibrahim kenal saya sejak di Sekolah Melayu Gelugor di George Town.

Latif berasal dari Butterworth, Abu dari Alor Star (macam Tan Sri) dan Jalil dari Kota Baru.

Latif dan Abu ialah anak saudara Tan Sri, dan oleh itu, mereka adalah saudara bau bacang saya. Jalil juga saudara saya sebab ayahnya dan ibu saya adalah ahli kerabat raja Kelantan.

Semasa saya belajar bidang arkitek di USM, saya kenal Shukor Kamil, Sarban Singh Tara Singh, dan George Chan Hon Keong. Mereka berasal dari Ipoh dan belajar di Sekolah Anderson (macam kartunis kegemaran saya, Lat).

Kecuali George yang belajar bisnes, kawan saya belajar bidang arkitek macam saya.

Saya Berjumpa Asmidar

Ini dia kisah saya berjumpa dengan isteri tersayang. Ia berlaku di atas tren yang berjalan dari KL ke Pulau Pinang. Masa itu cuti hujung tahun. Dan saya adalah pelajara tahun satu di USM.

Saya dan geng baru saja bercuti di KL. Saya amat suka KL dan mahu tinggal di sana.

Masa tu saya belum ada awek. Saya sedang mencarinya.

Sejak masuk universiti saya bercita-cita cari teman hidup. Saya mahu cari cinta sejati.

Di atas tren ada seorang gadis comel dari Kajang di Selangor. Namanya Asmidar Darus, anak seorang pegawai tinggi kerajaan.

Dia baru saja diterima masuk USM. Dia adalah wanita tercantik yang saya pernah nampak.

Dia cantik di luar dan dalam - ayu dan bersopan santun.

Asmidar, atau As, iaitu nama timang-timangan yang diberi oleh orang tuanya, adalah adik kepada Zaitun atau Tun, pelajar bidang bisnes di USM.

Tun ialah kawan George merangkap seniornya. Saya kenal Tun dan dia sayangkan saya macam adik sendiri.

Tun sentiasa mendengar masalah saya. Kawan saya Latif pula rapat dengan teman asrama Tun iaitu Violet Lee, seorang gadis comel berketurunan Cina-Thai yang belajar komunikasi masa seperti As.

As memasuki USM bersama sepupunya Nurul Amira Ahmad atau Emy. Emy yang comel tetapi bermulut laser ialah bini Latif.

Saya sentiasa berlagak di depan geng dan berkata mahu mengusik perempuan sehingga seorang daripada mereka menjadi teman hidupku.

Taktik inilah yang saya gunakan untuk menawan hati As.

Sarban sedang memakan kacang yang dibelinya dari Ipoh. Saya mengambil paketnya dan berkata ia amat penting.

Sebagai umpan.

"Aiyah! I've no more lah!" kata Sarban.

"Buy at station lah!" kata saya.

Saya pun makan kacang dan melemparkan kulit ke atas As.

"Jangan kacau lah," kata Latif, yang sedang tidur.

"Come on, man! Saya mau dengar muzik," kata Jalil, yang memegang radio transistor kecilnya.

Emy menyuruh As melawan saya, tetapi As bertenang.

Saya kemudian membeli tin Seven Up dan menghadiahkannya kepada As. Dia tidak tahu bahawa tin itu telahpun digoncang, dan menyuruh saya membukanya.

As terperangkap dalam jerat saya.

Soda itu membasahi bajunya.

"Maaf, As!" saya berkata. "Biar saya lap."

"Huh! Celaka!" kata As.

Beberapa minit kemudian, As mendekati kerusi saya dan berkata dia mahu menunjukkan sebiji telur penyu.

Tetapi dia memegang sebiji telur ayam busuk dan memecahkannya di atas kepala saya.

Rambut dan baju saya dipenuhi dengan kuning telur busuk. "Ha! Ha! Padan muka," kata Sarban.

Gelagat Si Setan

Di USM, As disuruh berjumpa dekan Ibrahim Hassan di pejabatnya. Dekan berkata As telah melanggar disiplin sekolah dengan mengusik Ali.

Dekan mengarahkan As mencari kekuncinya dalam masa 20 saat.

As berasa takut dan terus mencari kekunci di seluruh pelosok pejabat dekan.

Sebelum sempat menemui kunci, Ibrahim berkata masa As telahpun tamat.

"Denda lagi!"

As cuba mencari kunci di dalam laci meja dekan.

Dia mendapat tahu dekan memakai kasut sukan sahaja.

As mengambil surat khabar Berita Harian dari tangan dekan dan mendapat tahu yang dekan sebenarnya Ali Setan!

Pada keesokan hari, dekan Ibrahim yang sebenar memanggil As dan Ali ke pejabatnya.

"Ali, kamu telah melanggar disiplin USM. Kamu seorang pelajar yang baik tapi saya terpaksa merujuk kamu kepada lembaga disiplin," katanya.

"Maaf, Latif! Saya sepatutnya dengar cakap mu," kata saya kepada diri-sendiri.

As berkata: "Dia tak buat salah, tuan. Kami main-main. Sebagai junior, saya kena mengenali senior dan kekadang kena nakal-nakal.

"Ali kena balas kenakalan saya kerana saya mengusiknya sebelum ini."

"Saya berharap tiada sesiapa akan menyamar sebagai dekan lagi," kata Ibrahim.

As dan saya disuruh berjabat tangan. As berbuat begitu dengan rasa marah.

Sarban dan saya adalah kadet polis. Pada suatu hari ketika kami berkawat, saya ternampak As dan melangkah ke arahnya.

Sarban cuba menghalang saya, tetapi sarjan kami, Johari, menghukum kami dengan 100 kali senaman pam.

Pada tengah hari, saya ternampak As dan Emy membawa buku ke pusat sumber.

"Shh! Tengok saya," kata Latif.

"Ya salam!" kata Jalil, dengan ayat pengenalannya.

Latif berlari dan melanggar As membuatkan buku-bukunya terjatuh.

"Oops, sorry!" katanya.

"Celaka!" kata Emy sambil memulas telinga Latif. Dia menjerit "hanjing" dan berpura-pura menyumpit Emy.

As memandang ke belakang dan terlihat saya. "Setan!" katanya.

Kawan George dan Tun iaitu Jeffri (anak Pangeran) datang. Pelajar bisnes yang sombong, glamor serta kaki perempuan itu membantu As mengangkat buku-bukunya.

"Never mind Jeff. Tak payah lah," kata As.

"Celaka Jeff!" kata Latif yang pemarah.

"Sabarlah!" kata saya.

"Mari kita ke pusat sumber."

As dan Emy berada di pusat sumber apabila Latif, Jalil dan saya datang.

Mereka sedang berbual dengan guru bertugas, Puan Rosmiati.

Dengan senyap, saya mengambil diari dari beg As.

Di dalamnya saya menulis:

Aku tak berniat mencuri diarimu.

Aku hanya berniat mencuri hatimu.

Ali Setan.

Apabila dua orang gadis jelita itu meninggalkan pusat sumber, As mendapati diarinya tiada dalam begnya. "Atas meja di belakang tu," kata Emy.

As membaca mesej saya, mengoyakkan satu muka surat dan menulis di atasnya mesej "Tiada maaf bagi mu".

Dia meninggalkan mesej itu di atas meja.

Latif, Jalil dan saya ketawa terbahak-bahak.

As mendapat tahu nama Ali Setan dari Tun dan Violet.

Saya diberi nama ejekan itu sebab suka mengusik gadis cantik.

Pada suatu malam, saya menghadiri jamuan tahunan universiti. Jamuan itu ialah bufet di tepi kolam renang.

Latif dan Abu, ahli band rock universiti, menghiburkan semua hadirin dengan gitar mereka.

Saya memberikan sepinggang udang panggang kepada As. Katanya: "No thanks".

Jeff memberikan As ikan panggang. "Thanks, sedap," katanya.

Dengan rasa cemburu, saya memberikan ikan panggang kepada As. "I buat ni special untuk mu, As," kata saya.

As menolak hidangan saya.

Saya meminjamkan gitar Abu untuk mainkan satu lagu pop yang gila-gila. As berkata: "Bising lah, Jeff!"

Dengan marah, saya berkata kepada diri-sendiri: "U ingat ni, bising! OK, try ini!"

Saya membaling mercun ke arah meja As dan Jeff.

Ramai hadirin menjerit dan berlari. Jalil melompat ke dalam kolam renang.

Kesian Jalil. Dia sedang makan udang dan ikan yang saya panggang untuk As.

Selamat Hari Jadi Bersama Katak

Pada pagi berikutnya, selepas saya berjoging, Jeffri datang kepada saya dan berkata: "As hak saya. Jangan sentuh dia. Awas. Ini warning pertama."

Pada tengah hari, semasa geng saya makan di kantin, As datang bersama Jeffri. Mereka duduk di meja yang berdekatan dengan meja saya.

As nampak kami dan beritahu Jeff: "Sini tak baik lah. Banyak lalat."

Latif menjadi marah. Saya menyuruhnya bersabar.

As dan Jeffri pergi ke meja yang lain untuk membincangkan kerja rumah. Violet datang dan melihat Jeff.

"Saya pening lah," kata Jeff kepada As. "Kita sambung semula besok, OK?"

Violet mendekati meja kami. Dia memicit bahu Latif.

Latif bertanya khabar pasal Jeff.

"Jangan cakap pasal buaya darat tu!" kata Violet.

Hari jadi As akhirnya tiba. Saya suruh geng buat hadiah dan lepas itu pergi makan sate di Gurney Drive.

Geng saya menyediakan satu jar berisi katak dan kodok dari makmal sains. Kami membungkusnya dengan kertas warna-warni dan membawanya ke rumah Tun, tempat berlangsung jamuan As.

Di pintu rumah Tun, Jeff memarahi kami. "Hoi! As kata belah. Kamu ada 10 saat. 1 ... 2 ... 3 ..."

As muncul. "Stop it, Jeff. Ali, Latif, come join the party."

Saya menjawab: "Sorry lah. Ada temu janji kat bandar. Ini hadiah dari saya. Happy birthday As."

Geng saya amat puas makan sate. As pula teruk kena usik oleh rakan kursusnya.

Mukanya jadi merah macam katak dalam jar itu.

Akhirnya Saya Dapat As

As berjaya menghukum saya apabila saya pergi berkelah bersama geng di Batu Feringgi.

Geng saya menjemput As tetapi dia enggan datang.

Katanya, dia dan Tun mahu melawat George yang dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan dua hari yang lalu.

Pada malam sebelumnya, As sibuk mengacau motosikal saya. Motosikal itu tidak berhenti tatkala saya memandunya.

Saya melompat dari motosikal, dan membuatkannya melanggar pokok.

Kemudian, saya bergolek ke dalam longkang monsun.

Saya tidak cedera. Ketika kawan saya mengangkat saya keluar, Latif mengeluarkan idea yang bagus.

Geng saya melawat George, yang akan keluar dari hospital.

Dia tidak membantah bila saya meminjam katilnya. Geng saya membungkus saya dengan pembalut. Abu menelefon As.

Apabila As datang, Latif berkata: "Otak Ali rosak lah."

As amat terkejut. "Ali! Oh, no! Apa telah saya lakukan!" Dia memeluk saya lalu menangis.

Saya berkata: "Saya OK, As. Maafkan aku. Ali buli kau. Cinta tak boleh dipaksa."

"Aku salah, Ali. Aku mungkin rosakkan hidup mu. Dendalah aku," kata As.

"Baik, tolong ambil segelas air," kata saya.

Ketika As membantu saya minum, Latif mengambil gambar kami, atas arahan saya.

"Hebat, guys!" kata saya pada keesokan harinya. "Latif, saya mahu beli KFC untuk U."

Saya akhirnya sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa. Cinta adalah anugerah Nya.

Sejak hari itu, As dan saya menjadi kawan baik. Kami sentiasa bersama dan selalu pergi ke batu besar di pantai Batu Feringgi.

Batu itu dipenuhi dengan grafiti cinta.

Kami selalu bercakap pasal cinta. Kami lebih mengenali dan memahami sesama sendiri.

Kami akhirnya jatuh cinta.

Dengan galakan As dan saya, Latif dan Emy turut dating. Kami berempat selalu bersiar-siar bersama. Kekadang, Tun dan Violet ikut kami.

Rancangan Jahat Jeffri

Jeff dibesarkan oleh arwah ibu saya. Pada masa itu arwah ibu dan arwah ayah tak sehaluan.

Arwah ibu pengaruhi Jeff untuk membenci arwah ayah.

Pangeran pula pengaruhi Jeff untuk membenci keluarga Tan Sri.

Ketika As dan saya bercinta, Jeff selalu berkata kepada As bahawa saya akan merosakkan hidupnya.

As selalu menjawab: "Periksa diri kamu sendiri sebelum membuat sebarang tuduhan, Jeff."

Jeff mendekati Tipah dan menipunya untuk dinodai. Akibatnya Tipah hamil.

Sebelum dinodai oleh Jeff, Tipah ingat Jeff bersedih kerana berpisah dengan As. Dia menenangkan Jeff.

Kata Tipah kepada Jeff, andainya mereka jatuh cinta, dia akan berasa amat gembira sebab abang angkatnya akan mengahwini As kelak.

Dalam lubuk hatinya, Tipah mahu ayahnya dan ayah Jeff berdamai.

Walaupun Tipah amat manja, dia tahu apa yang dia mahu dalam hidupnya.

Tidak lama kemudian Tan Sri mendapat tahu Tipah sedang hamil. Dia bertanya sama ada saya membuatkannya hamil.

Bila saya menafikan, dia memukul saya dan menendang saya keluar dari rumahnya.

Akhirnya, saya mengaku melakukannya, untuk menenangkannya, dan mengelakkannya daripada membunuh Jeff.

Saya kemudian memarahi Jeffri. Katanya: "Tipah hak kamu! As hak aku!"

Jeff telah mengugut Tipah untuk bertemu dengan As dan menunjukkan surat perkahwinannya kepada As.

Tipah pun bertemu dengan As di restoran Craven A. Dia menceritakan kepada As bahawa dia adalah isteri saya dan membawakan anak saya.

Dia menunjukkan sijil perkahwinan kami kepada kekasih saya.

As marah dan mengumumkan bahawa kami berdua tidak lagi bercinta.

Berkali-kali saya memujuknya, tetapi dia menolak permintaan saya untuk berdamai.

Tun mendekati saya. Katanya, setiap kali As menghina saya, cintanya terhadap saya bertambah kuat.

Tun menasihati saya supaya bersabar dan berdoa.

Katanya, saya harus beri As lebih masa untuk menenangkan fikirannya ekoran pertemuan dengan Tipah.

Tun kemudian berbincang dengan Tan Sri mengenai krisis yang melibatkan As, Tipah dan saya.

Saya kemudian memarahi Tipah kerana memalukan keluarganya.

"Tipah tertipu, bang," kata Tipah.

Katanya, dia ingat Jeffri amat baik hati.

Tipah berkata dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Jeffri kerana dia yakin Jeffri akan mengubah sikap busuknya secara beransur-ansur.

Saya akhirnya memaafkan Tipah.

"Tapi seks sebelum kahwin adalah dosa besar. Baik Tipah minta ampun dari Nya."

Saya kemudian bercakap dengan Tan Sri. Tan Sri telahpun mendapat tahu kisah saya dan As dari Tipah dan Tun.

Dia memaafkan saya dan bersetuju menceraikan Tipah dengan saya.

Jeff pula akan dipaksa berkahwin dengan Tipah.

"Maaf ayah," kata saya kepada ayah angkat saya.

Saya memperkenalkan As kepada Tan Sri, dan Tan Sri telah makan tengah hari bersama As dan Tun beberapa kali.

Tan Sri berkata As adalah calon isteri yang baik untuk saya.

As masih berdegil dan enggan berjumpa dengan saya. Katanya, semua lelaki adalah sama iaitu pandai memperalatkan wanita.

Saya tinggalkan mesej untuk As berbunyi: "Selamat tinggal - Ali Setan".

Saya pun membawa diri ke batu besar Batu Feringgi. Saya duduk berdekatan dengannya di atas batu yang lebih kecil sambil memperhatikan ombak laut.

Ketika air mata saya menitis, saya yakin As hanya menguji kesabaran saya.

Bersatu Semula

Pada suatu hari, As, Emy dan Latif berada di kantin USM apabila Tan Sri dan Tipah datang dalam limo.

"Mana dia Jeffri?" tanya Tan Sri.

Jeffri muncul dari bilik air dan memperkenalkan dirinya.

Tan Sri memukulnya. Jeffri terjatuh di atas tong sampah.

"Maafkan aku. Itu adalah hukuman kamu kerana menodai anak aku.

"Walau bagaimanapun saya gembira mendapat menantu seperti kamu.

"Masa sudah berubah. Kawan menjadi lawan, dan lawan menjadi kawan semula."

Tan Sri menghampiri Latif yang dipeluk Emy. "Adakah Latif nampak Ali?" tanya Tan Sri.

"Dia kat Batu Feringgi," jawab Latif.

"Latif, As, baik kamu berdua cari Ali. Bagi tau Ali, Tan Sri kata semuanya OK," kata Tan Sri.

Emy memeluk Latif lagi. Dia juga memeluk As. As pun menaiki motosikal Latif untuk ke Batu Feringgi.

Latif dan As nampak saya. As mengusik kaki saya dengan ranting kayu. Dia kemudian melompat ke dalam pelukan saya.

"Kau datang juga, sayang!" kata saya.

"Ali, ayah kamu kata semuanya OK," kata As.

"Maafkan As."

Kami bertiga kembali ke USM. As dan saya terus bercinta sehinggalah tamat pengajian di USM.

Tamat Bahagian Pertama

Ali Setan Bahagian 2

Kuala Lumpur Kota Ku

Selepas 3 tahun belajar, saya akhirnya lulus sebagai arkitek di USM. Tan Sri dapatkan saya peluang kerja di syarikat arkitek milik kawan baiknya A. Ayappan.

Latif, Abu, Shukor dan Sarban turut kerja di syarikat itu. Pejabat bos kami di Jalan Sultan Ismail.

Saudara Ya Salam (Jalil) menjadi manager syarikat milik ayahnya yang bergelar jutawan. Syarikat itu ialah pasaraya terkemuka di Kuala Lumpur. Tipah bekerja di bawahnya.

George menjadi manager di syarikat milik ayah Jeffri yang menjadi pemaju perumahan terkemuka negara.

Tun dan Violet bekerja untuk syarikat PR yang terikat dengan syarikat Jeffri.

As dan Emy menjadi wartawan di sebuah majalah terkemuka di Kuala Lumpur.

Di KL, saya tinggal di sebuah banglo besar di Ampang. Ia adalah harta milik Tan Sri.

Jeff dan Tipah tinggal di banglo Jeff di Jalan Duta.

Sayangnya, anak mereka tidak sempat lahir di dunia ini.

Abu tinggal dengan saya buat seketika, sebelum berpindah ke Petaling Jaya.

Walaupun kaya, saya tidak suka menunjuk-nunjuk. Saya tidak memiliki BMW tetapi Honda Civic.

Saya juga memiliki sebuah kereta terbuka dengan logo AS yang tertera di atasnya. Ia digelar Setanmobil.

Saya amat menyukai gimnasium USM. Oleh itu, saya membuatkan sebuah gimnasium kecil di rumah saya.

Semasa di KL, saya menyimpan janggut. Sebabnya, saya rindukan As.

Saya tidak berjumpa dengannya selama 3 bulan selepas berhijrah ke KL. Tapi pada suatu hari, As muncul dan kami berpelukan.

“Oh, As! Lama tak jumpa. Kau masih muda jelita, sayang,” kata saya.

“Emy dan As kini wartawan, Setan. Kita sentiasa ada kat KL.

“As ingat Ali tak kemari. Setiap malam mesti As mimpi berjumpa Ali kat KL,” kata As.

Salah Faham

Pada suatu hari Sabtu, saya sibuk di gimnasium. Abu sedang berbual kat telefon.

Saya ada date dengan As. Latif dan Emy akan ikut sama.

Kami akan tonton filem yang terhangat di panggung wayang.

Latif datang ke rumah saya membawa berita yang kurang baik.

Masa itu saya sedang angkat besi. Latif duduk di atas basikal senaman saya.

“100 Plus dua, Abu!” kata saya.

“U ingat saya hamba kah!” kata Abu yang baru saja habis berborak.

Latif berkata dua orang saudara bau bacangnya dari Indonesia kini berada di KL.

Mereka bernama Zila dan Maya dan berasal dari Medan, Sumatera.

Mereka adalah pelajar universiti di Jakarta, dan ingin menonton filem yang terhangat di panggung wayang.

Mereka juga ingin bersiar-siar di KL.

Latif kurang arif dengan jalan-jalan di KL, dan meminta bantuan saya.

Latif berkata: “Emy tak suka lihat saya dengan 2 wanita.”

“Sama dengan saya. As tak suka,” kata saya.

Saya pun menelefon As. Saya berkata saya kena bawa 2 orang saudara lelaki Latif untuk tour sekitar KL.

Kami berempat pun naiki Setanmobil bersiar-siar di sekitar KL. Destinasi terakhir kami ialah panggung wayang.

Selepas filem, kami pergi ke KFC.

Malang sekali, filem itu akan tamat pada hari esok. As dan Emy pun bergegas ke panggung wayang dan menonton filem itu.

Ketika kami berempat keluar dari panggung wayang, As dan Emy ternampak kami.

Mereka berdua ikut Setanmobil ke KFC.

Maya bertanya kenapa saya digelar Ali Setan. Saya menjawab, kerana saya amat nakal ketika di USM.

Latif berkata: “Ali ini sebenarnya bukan setan. Dia memiliki hati emas.”

Maya pun mencium muka saya.

Latif memandang ke belakang dan ternampak As dan Emy. Mereka duduk dua meja di belakang kami.

As dan Emy datang dan berkata: “Hi, Ali! Hi, Latif!”

Mereka bersalaman dengan Zila dan Maya.

“Saudari mesti kawan rapat Ali dan Latif,” kata Zila.

“Sebenarnya tidak,” jawab Emy. “Sebab dia cakap bohong.”

“Ali ni bukan kawan tapi LAWAN!” jawab As.

As menutup mata saya dengan topi saya.

“Harap kau merana, Ali Setan!” kata As.

“Bye, Ali! Bye, Latif!” kata As dan Emy sambil membuang duit 1 sen ke dalam tabung di pintu KFC.

Pada keesokan harinya, saya melawat pasaraya Jalil. Saya diiringi Latif, Abu, Shukor dan Sarban.

Jalil tidak ada di pejabat. Kami pun pergi ke pusat senamannya.

George ada di sana. Katanya, Jalil akan pulang ke pejabat pada 2 petang.

Kami pun berjumpa Tipah di pejabat Jalil. Tipah berkata Jalil ada temu janji dengan kami pada 2 petang.

Apabila Jalil pulang ke pejabat, dia mengucapkan “Ya Salam” kepada kami. Dia mengirim salam kepada Tan Sri, Jeff, dan As.

Saya mengirim salam kepada ayahnya.

Jalil yang dahulunya agak pemalu kini amat yakin, segak dan bergaya.

Latif dan saya membincangkan masalah kami dengan Jalil.

Jalil berkata: “Jangan bimbang. Cinta itu ada pasang surutnya. Cinta sejati akan berkekalan.

“Saya akan bincang dengan Emy dan As, OK!”

Pada waktu petang, Jalil, Latif dan saya pergi ke rumah As. As suruh Emy berjumpa kami.

Jalil berkata kepada As dan Emy bahawa Ali dan Latif ingin meminta maaf.

“Ali kata maaf. Latif juga,” kata Jalil.

Emy kemudian bercakap dengan As.

As berkata: “As kata benci Ali!”

Saya menjerit dari dalam kereta: “Cinta!”

As menjerit dari tingkap: “Benci!”

Saya dan As saling menjerit sehingga Jalil berkata: “Ali dan Latif tak mau As dan Emy. Jumpa lagi!”

Muka Emy menjadi merah. Sama halnya dengan muka As.

“Terima kasih, Jalil!” kata saya dan Latif.

Pada keesokan hari, saya berjumpa As di pejabatnya. Saya memohon maaf kerana berbohong dan berkata saya tidak mahukan As salah faham.

Dia enggan memandang muka saya.

Akhirnya, As berkata: “OK, Ali. I’m sorry, too. But don’t do it again.”

Emy turut memaafkan Latif pada hari itu.

Jeff Tidak Setia

Beberapa minggu kemudian, saya menghadiri majlis makan malam untuk pelajar-pelajar lama USM di banglo seorang pegawai tinggi universiti itu yang terletak di Ampang.

Banglo itu mempunyai lampu berwarna-warni dan juga kolam renang.

Jalil menjadi hos pada petang itu.

Beberapa pertunjukan seni diadakan oleh bakat-bakat USM termasuk band Abu dan Latif.

Saya menyanyi lagu Asli dengan As manakala Latif dan Emy berpuisi.

Jalil pula menyanyikan lagu P. Ramlee.

Sarban, yang membuang serbannya serta jambangnya, melakukan persembahan Bhangra dengan kumpulan Bhangra USM.

Ketika tarian Bhangra hampir tamat, Jalil yang nakal membuang bunga api kecil ke arah Sarban.

Penari-penari melompat ke dalam kolam renang.

Sarban dan geng saya menangkap Jalil lalu membuangnya ke dalam kolam renang.

Kesian Jalil. Dah dua kali dia masuk kolam.

Selepas pesta itu, saya dan Abu pergi minum di sebuah kafe di Bangsar. Kami jumpa Tipah menyanyikan lagu jazz.

“Hi, Tipah!” kata saya. “Ngapa adik merokok?”

“Maaf, Ali. Tapi u pun sama lah, bang!” kata Tipah.

“OK, maaf, Tipah. I give up,” kata saya.

“Macam mana Jeff?” saya bertanya.

“Dia dah tinggalkan saya kerana Tina,” kata Tipah.

“Saya jumpa mereka berzina kat rumah. Saya pun balik ke rumah ayah.”

Tan Sri bersabar dengan dugaan Nya. Mungkin, dia salahkan Pangeran kerana memanjakan Jeffri, dan sedar bahawa syaitan sentiasa menyesatkan manusia.

“Sabarlah, Tipah,” kata saya. “Tipah tinggal lah dengan saya sehingga Jeff tinggalkan Tina.”

Tipah berkata: “Abu ni bisinglah. Berdengkur kuat lah.”

“OK, baik Tipah ambil bilik di tingkat bawah,” kata saya.

“Tapi itu As punya lah,” kata Tipah.

“Bilik tu Tipah punya buat sementara,” kata saya.

Siapakah Tina? Tipah berkata dia pernah kerja di kantin USM.

Masa tu Jeffri syok sama Tina. Tun dan Violet pun tau pasal dia.

Tina pernah kerja untuk Jalil buat sementara waktu.

Pernikahan Yang Gagal

Beberapa bulan kemudian, Tan Sri dan ayah As, Haji Darus, bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan kami.

Saya telah mengalami mimpi buruk pasal rancangan jahat Jeffri untuk menggagalkan perkahwinan kami.

Pada suatu malam di Kafe Coliseum, saya, Latif dan Jalil berjumpa dengan Jeffri.

Saya bertanya kenapa Jeffri sanggup tinggalkan isterinya.

Dia menjawab bahawa Tipah yang tinggalkannya.

"Dia dah geram sebab kau ada affair!" kata saya.

Jeff menjawab: "Tipah hak kamu! As hak aku!"

"As dan aku akan berkahwin!" kata saya.

"Kita tunggu dan lihat!" kata Jeffri.

Ayah Jeffri, Pangeran, adalah kawan Haji Darus.

Pada suatu petang, Jeffri bermain golf dengan Haji Darus dan "menceritakan" bahawa ibu saya ialah ibu tirinya, dan saya adalah anak luar nikah.

Pangeran telah berbohong kepada anaknya bahawa saya adalah anak luar nikah. Jeffri percaya akan fitnah yang disebarkan oleh ayahnya.

Tidak lama kemudian, saya makan tengah hari dengan As. As berkata: "Ali, ada dua orang dalam hidup As yang As amat cintai. Satu ialah Ali. Cuba teka siapa yang satu lagi."

Saya berkata: "Latif? Jalil? Abu? Shukor? George? Sarban?"

As menjawab: "Bukan! Ayah As lah!

"Dia kata kita tak boleh bersama sebab Ali anak luar nikah."

Saya menceritakan kisah yang sebenar. As percayakan saya.

Kami berdua pun berjumpa dengan Tan Sri. Tun ikut kami.

Tan Sri memperkenalkan kawannya, seorang kadi dari Kuantan. Kadi itu akan menguruskan perkahwinan kami berdua di rumahnya.

Malangnya, Haji Darus dapat tahu pasal rancangan kami.

Adik Jeffri, Ersat, mengekori kami dan melaporkan segalanya kepada Jeffri. Jeffri kemudian menghubungi Haji Darus.

As dan saya melangsungkan pernikahan di rumah kadi.

Latif, Jalil, Abu dan Shukor serta Tun hadir.

Kami memakai pakaian Melayu yang simpel.

Kadi itu membenarkan saya memakai topi berlogo AS.

Sebaik sahaja pernikahan tamat, Haji Darus muncul. Dia membawa kadi ke dalam sebuah bilik.

Shukor mendengar perbualan mereka. Katanya kepada Jalil: “Haji Darus kata Ali anak luar nikah!”

“Ya salam!” kata Jalil.

“Apa ni, Shukor!” kata Abu.

As dan Tun berpelukan. As sedar bahawa dia tidak dapat berkahwin dengan Ali.

Kadi keluar dari biliknya dan berkata perkahwinan tidak dapat dijalankan.

Sebelum dia sempat menghabiskan pengumuman, saya terus lari dari rumahnya.

Di Kuala Lumpur, saya dan As berbual di atas Bukit Melawati di Ampang.

Bukit itu ialah tempat joging kegemaran kami.

Saya selalu berjoging dengan geng saya di hujung minggu. As selalu ke sana bersama Emy, Tun dan Violet.

As berkata kami tidak boleh berkahwin sebab ayahnya tidak mahu melihat saya lagi.

Jika kami berkahwin, As tidak akan dibenarkan ke dalam rumah ibu bapanya lagi.

As bertanya sama ada Tan Sri kenal kadi lain.

“As, kau kena sedar bahawa cinta itu luas bagaikan langit dan lautan. Ia tidak berakhir dengan perkahwinan,” kata saya.

Saya bercakap seperti ahli falsafah. Mungkin, saya dah dewasa akhirnya.

“Saya tak bersih, As. Ayah As mau menantu yang benar-benar bersih. Seperti yang As tahu, saya ni setan kat USM,” kata saya.

As berkata: “As sendiri pun tak bersih, Ali. As hampir membunuh Ali.”

Saya berkata: “Rupa-rupanya kita berdua sama saja, dan ditakdirkan untuk berpisah buat selama-lamanya.

“Tapi Ali takkan lupakan jasa As, dan Ali sentiasa doakan kebahagiaan As.”

Di tengah pemandangan indah matahari terbenam, dua orang kekasih sejati mengambil keputusan untuk berpisah.

Ia amat perit, tetapi perlu dilakukan untuk kebaikan mereka berdua.

Di rumah, Abu berkata Tina baru saja menelefon saya.

Tina mahu berjumpa saya di bilik hotelnya di pusat bandaraya.

Saya pun pergi ke hotel itu, untuk mendapat tahu apa sebenarnya rancangan Jeffri.

Fitnah

Di hotel, Tina bersalaman dengan saya di luar biliknya.

Dia kelihatan kemas, mesra dan sopan.

Tiba-tiba, Tina membuka zip seluar saya.

Pada saat itu, pegawai-pegawai Jabatan Agama menangkap kami berdua.

Pada keesokan harinya, kami didenda oleh Mahkamah Syariah. Saya membayar denda untuk kami berdua.

As membaca pasal kes Ali dan Tina di surat khabar. Dia menelefon saya dan menyuruh saya berjumpa dengannya di Bukit Melawati lagi.

“Kau binatang, Ali! Saya tak mau jumpa kamu lagi! Saya harap Ali akan merana seumur hidup!” kata As.

“Saya akan kahwin dengan Jeffri besok!”

“Buat apa yang kau suka, As. Saya bukan orang yang baik. Tapi jangan kahwini Jeffri. Dia hancurkan hidup saya,” kata saya.

“Kau yang hancurkan hidup sendiri, Ali!” kata As.

“OK, As. Buat apa yang kau suka,” kata saya.

Hidupku Sudah Hancur

Saya berpisah dengan As sebab saya amat sayangkannya. Saya tidak mahu melihat hubungan As dengan ayahnya menjadi keruh.

Jeffri telah memperalatkan Tina. Saya pun menulis surat kepada Tina yang mengatakan bahawa dia telah dipergunakan oleh Pangeran, Jeffri dan Ersat untuk menghancurkan hidup saya dan keluarga saya, yang tidak disukai oleh mereka.

Beberapa minggu kemudian, As dan Jeff berkahwin di rumah Haji Darus.

Pangeran dan Ersat hadir.

Saya memberikan sebuah hadiah kepada As dan Tun mengambilnya di pintu rumah.

Tun memegang tangan saya sambil berkata: “Sayang, jangan risau. Ini semua sandiwara untuk puaskan hati ayah.

“Tipah akan muncul dan pernikahan akan batal.

“Ayah Ali dah rancang segalanya dengan baik. Don’t worry.”

Hadiah saya buat As ialah sebuah kotak muzik dengan rantai leher. Di dalam kotak ada mesej tahniah kepada As dan Jeffri.

Mesej itu mengatakan bahawa As ialah satu-satunya wanita yang Ali cintai, dan Ali sanggup melepaskannya demi kebahagiaan masa depannya.

Apabila saya makan bersama Tipah, Tun, Emy, Violet, Latif, Jalil, Abu, Shukor, George dan Sarban pada keesokan harinya, Tipah dan Tun menenangkan saya.

Mereka berkata perkahwinan As dan Jeffri akan batal. Tipah dan Tun akan berjumpa dengan ayah As.

Tipah menunjukkan kepada saya gambar Tan Sri dengan arwah ibu bapa saya di hari perkahwinan mereka.

Tipah juga memiliki sebuah gambar yang diambil semasa saya baru lahir. Di dalam gambar itu ada Tan Sri bersama ibu bapa saya.

Ibu bapa saya berkahwin setahun sebelum saya lahir. Tarikh itu berada di belakang gambar.

“Terima kasih, Tipah,” kata saya.

Saya mengambil keputusan untuk bercuti panjang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang.

Bos saya, Ayappan, tidak membantah.

Saya memberikan nombor telefon pihak pengurusan hutan kepadanya serta geng saya.

Geng saya akan menghubungi saya pasal perkembangan terbaru Jeffri dan As.

Di Lintang, ada banyak chalet papan bertiang tinggi.

Rumah sementara saya itu mengandungi sebuah dapur kecil dengan perkakas, sebuah tilam, sebuah kerusi dan sebuah meja.

Saya berasa amat lega tinggal di rumah yang serba kekurangan sebab saya dilatih untuk hidup sebegini tatkala menjadi kadet polis dulu.

Setiap hari, saya mendoakan agar As dan saya dipertemukan semula. Dan agar Jeffri akan mengubah sikapnya serta kembali ke jalan yang benar.

Rancangan Jeff Terbongkar

Pada suatu hari, Tina datang ke rumah As. Dia mengaku kesalahannya dan meminta ampun.

As mengampunkan Tina dengan serta-merta. Tina mahu menjadi pembantu pejabat As. Dia masih lagi bekerja di pejabat As sekarang.

Pada petang itu, As dan Jeffri bertelagah di rumah Jeffri.

As menuduh Jeffri dan keluarganya bertindak seperti J R Ewing, watak lakonan Larry Hagman dalam siri TV Dallas.

As berkata mahu pulang ke pangkuan suaminya yang sah iaitu Ali.

Jeff berkata As bertindak seperti Alexis Carrington, watak lakonan Joan Collins dalam siri TV Dynasty.

Dia mengancam akan menembak As dan Ali jikalau mereka bersatu semula.

Sehari kemudian, perkahwinan Jeffri dan As diisytihar batal oleh Mahkamah Syariah.

Haji Darus meminta ampun dari As, Tipah dan Tan Sri. Dia mengakui bahawa Ali ialah menantunya yang sah.

Jeff berlatih dengan rifelnya di rumahnya. George, yang sering melawatnya, menghubungi As.

Di kedai perabot baru milik Jalil, As memberitahu geng saya, Emy, Tun, Violet dan Tipah bahawa dia dan Ali dalam bahaya.

Latif, Jalil, Abu dan Tipah bersetuju mengikut As ke Lintang untuk menyelamatkan Ali.

Jalil memandu mereka dalam kereta mewahnya.

Di Lintang, As mendekati saya yang sedang membakar daun kering setelah membersihkan rumah. Geng saya dan Tipah duduk di dalam kereta Jalil.

“Maafkan aku, Ali,” kata As.

“Tiada apa yang kena dimaafkan. Kita semua insan biasa,” kata saya.

Saya ingat Jeff dan As masih lagi bersama.

Dengan tiba-tiba, Jeffri melompat turun dari sebatang pokok dan melepaskan dua das tembakan dari rifelnya.

As dan saya berlari ke dalam rumah. Di sana, saya membasahi tubuh As dan saya sendiri dengan cat merah.

As berpura-pura “mati”.

Jeff menjerit: “Ali, jika kau seorang jantan, sila keluar!”

Saya mendukung As keluar sambil berkata: “Kau telah membunuh isteri sendiri! Saya kehilangan As, begitu juga dengan kau, Jeffri!

“Tolong cium tangannya!”

Jeffri enggan berbuat begitu dan bertanya: “Mengapa?”

Saya menjawab: “Sebab tangannya bersih dan suci, bukan seperti tangan kau yang pembunuh!”

Jeffri pun mencium tangan As.

“Oh, As! I am so sorry!” kata Jeff sambil memeluk badan As.

“Berhenti! Haram!” kata saya.

“Badannya bersih dan suci sedangkan badan kamu busuk dan keji!

“Cium kakinya!”

“Mengapa?” tanya Jeffri.

“Sebab kau telah membunuhnya dan patut meminta ampun darinya."

Pada masa itu, As bangun dari “tidurnya”.

“Setan! Kau telah tipu saya! Baik kau mati sekarang!” kata Jeffri.

Saya berkata: “Encik Jeffri Zain, kau memang bodoh! Tak tahu bezakan antara darah dan cat!”

Jeff mengacukan rifel ke arah saya.

“Biar aku mati!” kata As yang melindungi saya.

“Saya patut mati!” kata saya sambil berdiri di depan As.

“Berhenti!” jerit Tipah.

Jeff jatuh ke atas lututnya.

“Maafkan aku! Aku bukan pembunuh! Aku takkan membunuh! Aku takkan bunuh abang ipar ku dan isterinya!” katanya.

“Maafkan aku, Tipah!”

Tipah memeluk Jeffri sambil berkata: “Jangan risau, sayang. Lupakan segalanya.”

Jeffri kemudian memeluk saya dan As.

“Maafkan aku, saudara ku. Saya telah hancurkan hidup mu.

“Mak kamu adalah mak aku. Dia takkan mahu lihat kita bermusuhan,” katanya.

“Sudahlah, Jeff. Apa yang berlalu jangan difikirkan semula,” kata saya.

Jeffri berkata: “Ali, As kamu adalah keluarga ku. Ali, As ialah isteri mu. Tipah ialah isteri ku.

“Saya lakukan ini semua untuk ayah dan Ersat. Saya mahu mereka sedar yang kita tak harus bermusuhan.”

Abu, Latif dan Jalil datang.

“Take care, guys. See you next week,” kata Jeffri kepada mereka.

Jeffri dan Tipah, berpegangan tangan, berjalan ke arah kereta Jeffri.

“See you in KL, Ali, As!” kata Jeffri.

“Bye, Jeff! Bye, Tipah!” kata saya dan As.

Latif berkata: “Saya amat gembira Ali dan As selamat dan bersatu semula.”

Jalil berkata: “Doa-doaku sudahpun terjawab.”

Abu berkata: “Semoga kamu berdua akan sentiasa dirahmati Nya.”

As bertanya: “Bila Latif dan Emy akan kahwin?”

Latif berkata: “Tak lama lagi.”

As berkata: “Latif dan Emy memang sepadan. Tun dan Violet pun berkata macam tu.”

Abu berkata: “Mau ikut kami minum kat kafe terdekat?”

“Pergi dulu, guys! As dan saya kena bincang sesuatu,” kata saya.

Saya kemudian berkata kepada As: “Saya tak mahu bayar mas kahwin. Wang adalah punca segala kejahatan. Saya bersedia menjadi orang yang kuat beriman.”

As berkata: “Saya pun bukan perempuan yang baik untuk mu, Ali. Kau ni macam malaikat. Saya hanya insan biasa. Selamat tinggal, Ali.”

As memakai jaketnya dan beredar dari rumah saya.

Dengan tiba-tiba, saya menjerit: “Asmidar! Aku cinta pada mu!”

As pun menjawab: “Tunggu, abang!”

Kami bepelukan. Kami berasa amat bahagia untuk bersatu semula, dan menangis dalam kegembiraan.

Berakhirlah sudah kisah romantis jejaka tampan bernama Ali Setan. Dia akhirnya menemui cinta sejati dalam pelukan isterinya yang tercinta, Asmidar.

Epilog

Hidup aku semakin hari semakin menjadi. Saya sentiasa bersyukur kepada Nya atas limpah kurnia Nya.

Latif, Abu, Shukor, Sarban dan saya masih bekerja untuk Ayappan. Tapi kami dah naik pangkat jadi manager.

Jalil masih uruskan syarikat-syarikat milik ayahnya dan Tipah dah jadi seorang managernya.

Jeffri dan Tipah semakin hari semakin sayang. Jeffri masih lagi uruskan bisnes ayahnya. Ersat turut menjadi manager di syarikat ayahnya.

Pangeran dan Ersat kini dah berbaik dengan keluarga Tan Sri.

George, Tun dan Violet masih lagi menjadi manager di empayar bisnes Jeffri dan keluarganya.

Isteri ku As, yang membantu saya menulis kisah cinta ini, serta sepupunya Emy, kini menjadi editor majalah mereka.

Emy dan Latif, seperti Jeffri dan Tipah, serta saya dan As, amat dilamun cinta.

Jika seseorang berbuat baik, pembalasannya sentiasalah baik. Tapi pengajaran penting dari cerita saya ini ialah, cinta adalah kurniaan Nya. Ia tak boleh dipaksa. Marilah kita sama-sama berterima kasih atas pemberian Nya yang paling berharga. Namanya cinta.