Friday, January 22, 2010

Dinasti Parameswara

Takziah buat Datuk Menteri Besar Abdul Ghani Othman dan rakyat Johor atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Dan tahniah atas perlantikan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Daulat Tuanku.

Dinasti yang didirikan pada tahun 1400 oleh Raja Parameswara @ Sultan Muhammad Iskandar Shah I teguh berdiri memerintah negeri Johor Darul Takzim.

Dinasti Parameswara:

1 Parameswara / Sultan Iskandar Shah
[Sultan Johor 1399-1400, Sultan Melaka 1400-1424].

2 Sultan Muhammad Shah 1 (1424-1444) (ganti bapa).

3 Sultan Ibrahim Shah 1 (1444-1446) (ganti bapa).

4 Sultan Muzaffar Shah 1 (1446-1459) (ganti adik).

5 Sultan Mansur Shah 1 (1459-1477) (ganti bapa).

6 Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488) (ganti bapa).

7 Sultan Mahmud Shah 1
[Sultan Melaka 1488-1511, Sultan Johor 1511-1528] (ganti bapa).

8 Sultan Ahmad Shah 1 (1511) [dibunuh dalam serangan Portugis] (memerintah bersama bapa).

9 Sultan Alauddin Riayat Shah 2 (1528-1564) (ganti bapa).

10 Sultan Muzaffar Shah 2 (1564-1570) (ganti bapa).

11 Sultan Abdul Jalil Shah 1 (1570-1571) (ganti abang ibunya).

12 Sultan Abdul Jalil Shah 2 (1571-1597) (keturunan Sultan Mansur Shah 1 Melaka, ganti anaknya).

13 Sultan Alauddin Riayat Shah 3 (1597-1615) (ganti bapa).

14 Sultan Abdullah Shah 1 (1615-1623) (anak Sultan Muzaffar Shah 2, ganti sepupu).

15 Sultan Abdul Jalil Shah 3 (1623-1677) (anak Sultan Alauddin Riayat Shah 3, ganti bapa saudara).

16 Sultan Ibrahim Shah 2 (1677-1685) (cucu Sultan Abdullah Shah 1, ganti bapa saudara).

17 Sultan Mahmud Shah 2 (1685-1699) (ganti bapa).

[Sultan Mahmud Shah 2 mangkat tanpa anak.

Bendahara Johor iaitu berketurunan Bendahara Tun Perak Melaka, cicit kepada Parameswara @ Sultan Iskandar Shah 1 menjadi Sultan Johor]

18 Sultan Abdul Jalil Shah 4 (1699-1722) [berketurunan Bendahara Tun Perak cicit Parameswara, dan juga berketurunan Sultan Mahmud Shah 1 Melaka dan Johor, menerusi anak bongsunya pengasas Perak Sultan Muzaffar Shah 1] (ganti saudara).

19 Sultan Sulaiman Shah 1 (1722-1760) (ganti bapa).

20 Sultan Abdul Jalil Shah 5 (1760-1761) (ganti bapa).

21 Sultan Ahmad Shah 2 (1761) (ganti bapa).

22 Sultan Mahmud Shah 3 (1761-1812) (ganti abang).

23 Sultan Hussain Shah 1 (1812-1835) (ganti bapa).

[Sultan Hussain serahkan wilayah Indonesia kepada Belanda dan Singapura kepada Britain].

24 Sultan Ali Iskandar Shah 1 (1835-1868) (ganti bapa).

[Dalam tahun 1868, Sultan Ali telah digulingkan oleh Sultan Abu Bakar Shah iaitu saudara baginda yang juga berketurunan Sultan Abdul Jalil Shah 4.

Sultan Abu Bakar Shah ialah Sultan Johor yang pertama berpendidikan Inggeris dan lulus dengan ijazah dari Britain.

Baginda digelar Bapa Johor Moden]

25 Sultan Abu Bakar Shah (1868-1895) (ganti saudara).

26 Sultan Ibrahim Shah 3 (1895-1959) (ganti bapa).

27 Sultan Ismail Shah 1 (1959-1981) (ganti bapa).

28 Sultan Mahmud Iskandar Shah 4 (1981-2010) (ganti bapa).

29 Sultan Ibrahim Ismail Shah 4 (2010 - kini).

Sunday, July 13, 2008

Informasi Sarawak, Sabah & Labuan

Terima kasih, Wikipedia.

Sarawak

Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia dan terletak di Pulau Borneo bersama-sama dengan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketiga-tiga wilayah ini dipanggil Malaysia Timur.

Sarawak dibahagikan kepada 11 Bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

Negeri ini beriklim khatulistiwa dan kaya dengan hutan hujan tropika. Hutan Sarawak amat kaya dengan hidupan liar, haiwan dan juga tumbuhan dan merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia.

Hutan di Sarawak mengandungi lebih 8,000 spesis tumbuhan dan lebih 20,000 spesis haiwan. Ia adalah kawasan biodiversiti yang paling tinggi di dunia.

Sarawak membentuk kawasan barat laut Pulau Borneo dan dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Ia bersempadan dengan Indonesia di selatan serta Brunei dan Sabah di timur laut.

Bandar-bandar utama di Sarawak ialah Kuching (ibu negeri), Miri dan Sibu. Kuching telah menjadi bandaraya pada tahun 1988 manakala Miri menjadi bandaraya pada tahun 2005.

Sarawak mendapat namanya dari perkataan bahasa Iban Sa Rawak yang bermaksud Sungai Besar (Sa ialah Sungai dan Rawak ialah Besar).

Sarawak pada mulanya sebuah jajahan kerajaan Brunei dan diperintah oleh seorang putera raja Brunei bergelar Datuk Patinggi.

Dalam tahun 1839, Datuk Patinggi Sarawak telah melancarkan pemberontakan untuk memerdekakan negerinya dari penguasaan Brunei.

Sultan Brunei telah meminta bantuan ejen British Sir James Brooke untuk mematahkan pemberontakan Datuk Patinggi.

Sir James telah meminta supaya negeri Sarawak diserahkan kepadanya jikalau beliau berjaya mengalahkan Datuk Patinggi.

Beliau telah berjaya memujuk Datuk Patinggi meletakkan senjata setelah menjanjikan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Patinggi apabila Sarawak diserahkan kepada pihak British kelak.

Dalam tahun 1841, Sultan Brunei telah menyerahkan Sarawak kepada Sir James dan menganugerahkan gelaran Raja Sarawak kepadanya.

Sir James telah memerintah Sarawak sebagai kolonialis swasta British sehingga kematiannya pada tahun 1868. Beliau diganti oleh anak saudaranya Sir Charles Brooke Johnson yang memimpin Sarawak dari tahun 1868-1917. Sir Charles pula diganti oleh anaknya Sir Charles Vyner Brooke Johnson yang memerintah dari tahun 1917-1946.

Dalam tahun 1946, Sir Charles Vyner telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan United Kingdom di London. Sarawak telah menjadi koloni rasmi British sehingga Ogos 31, 1963 apabila ia mencapai kemerdekaan.

Pada September 16, 1963, Sarawak telah membentuk Persekutuan Malaysia bersama dengan Sabah, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Sarawak memiliki kerajaan berbentuk republik dengan Yang Dipertua Negeri sebagai ketua negeri.

Yang Dipertua Negeri dilantik dari kalangan pemimpin tinggi masyarakat bumiputera Sarawak oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia di Kuala Lumpur.

Ketua eksekutif kerajaan negeri Sarawak ialah Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Negeri yang terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet Negeri.

Kuasa perundangan terletak di tangan Dewan Undangan Negeri yang anggotanya dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya setiap 4 hingga 5 tahun.

Sejak tahun 1963, Sarawak telah diketuai oleh 5 orang Yang Dipertua Negeri. Mereka ialah:

Tun Abang Openg Abang Sapiee (1963-1969).
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman (1969-1977).
Tun Abang Salahuddin Abang Barieng (1977-1981, 2000-).
Tun Abdul Rahman Yaakub (1981-1985).
Tun Ahmad Zaidi Adrus Mohamad Noor (1985-2000).

Kecuali Tun Abang Openg yang berketurunan Melayu Brunei dari Kuching, kesemua Yang Dipertua Negeri Sarawak berketurunan Melanau ataupun campuran Melanau dan Melayu Brunei (Tun Tuanku Bujang) dari Sibu.

Sarawak ialah pusat industri petroleum di Malaysia. Petroleum mula-mula dijumpai di Miri dalam tahun 1910an oleh penjajah British.

Selain petroleum, Sarawak juga menghasilkan minyak sawit dan kayu balak. Pelancongan juga adalah industri penting di Sarawak.

Penduduk Sarawak yang berjumlah kira-kira 1.5 juta orang terdiri daripada orang Cina (30 peratus) selain masyarakat bumiputera seperti Iban (30 peratus), Melanau (18 peratus), Melayu Brunei (11 peratus), Bidayuh (8 peratus), Kenyah-Kayan (2 peratus) dan Kelabit (1 peratus).

Sabah

Sabah adalah sebuah negeri dalam Malaysia yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Ia merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Sabah mendapat namanya dari istilah Arab yang bermaksud Negeri Di Bawah Bayu. Sabah sememangnya terletak di selatan kawasan taufan iaitu Kepulauan Sama atau Filipina.

Sabah pada mulanya diperintah oleh Sultan Brunei. Ia kemudiannya dikuasai oleh Sultan Sulu yang berketurunan Bajau Tausug yang memerintah Kepulauan Filipina tetapi dinaungi oleh Sultan Brunei.

Dalam tahun 1881, Sabah telah menjadi tanah jajahan British.

Sabah telah mencapai kemerdekaan dari British pada Ogos 31, 1963. Pada September 16, 1963, Sabah telah membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sabah adalah kawasan berbukit-bukau. Ia juga memiliki lembah-lembah sungai yang subur. Laut di sekitarnya amat kaya dengan hidupan marin.

Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia dan Kepulauan Asia Tenggara terletak di Ranau dan tingginya 4,101 meter.

Terdapat 5 bahagian atau Residensi di Sabah iaitu Pedalaman (pusat bahagian Keningau), Pantai Barat (Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan Tawau.

Bandar-bandar utama di Sabah ialah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Penduduk Sabah yang berjumlah kira-kira 1.2 juta orang terdiri daripada kaum Cina (20 peratus) serta kaum-kaum bumiputera seperti Kadazandusun (45 peratus), Bajau (18 peratus), Melayu Brunei (10 peratus) dan Murut (7 peratus).

Sabah mengamalkan sistem pemerintahan republik dan seperti Sarawak, ketua negerinya bergelar Yang Dipertua Negeri.

Yang Dipertua Negeri dilantik dari kalangan pemimpin tinggi masyarakat bumiputera Sabah oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia di Kuala Lumpur.

Ketua eksekutif kerajaan negeri Sabah ialah Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Negeri yang terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet Negeri.

Kuasa perundangan terletak di tangan Dewan Undangan Negeri yang anggotanya dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya setiap 4 hingga 5 tahun.

Sejak tahun 1963, Sabah telah diketuai oleh 9 orang Yang Dipertua Negeri. Mereka ialah:

Tun Datu Mustapha Datu Harun (1963-1965) [keturunan Bajau].
Tun Pengiran Ahmad Raffae Pengiran Othman (1965-1973) [keturunan Melayu Brunei].
Tun Muhammad Fuad Donald Stephens (1973-1975) [keturunan Kadazandusun].
Tun Hamdan Keri Abdullah (1975-1978) [keturunan Kadazandusun].
Tun Ahmad Thomas Koroh (1978) [keturunan Murut].
Tun Muhammad Adnan Mickey Robert (1978-1986) [keturunan Kadazandusun].
Tun Muhammad Said Keruak (1986-1994) [keturunan Bajau].
Tun Sakaran Dandai (1994-2002) [keturunan Murut dan Bajau].
Tun Ahmadshah Abdullah (2002-) [keturunan Bajau].

Ketua Menteri Sabah sejak tahun 1963 adalah seperti berikut.

Tun Muhammad Fuad Donald Stephens (1963-1964, 1976) [keturunan Kadazandusun].
Tan Sri Peter Lo Su Yin (1964-1967) [keturunan Cina].
Tun Datu Mustapha Datu Harun (1967-1975) [keturunan Bajau].
Tun Muhammad Said Keruak (1975-1976) [keturunan Bajau].
Datuk Seri Harris Salleh (1976-1985) [keturunan Melayu Brunei].
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (1985-1994) [keturunan Kadazandusun].
Tun Sakaran Dandai (1994) [keturunan Murut dan Bajau].
Datuk Seri Salleh Tun Muhammad Said (1994-1996) [keturunan Bajau].
Datuk Seri Yong Teck Lee (1996-1998) [keturunan Cina].
Tan Sri Bernard Dompok (1998-1999) [keturunan Kadazandusun].
Datuk Seri Osu Sukam (1999-2001) [keturunan Bajau].
Tan Sri Chong Kah Kiat (2001-2003) [keturunan Cina].
Datuk Seri Musa Aman (2003-) [keturunan Kadazandusun].

Sabah amat kaya dengan sumber alam dan 60 peratus daripada tanahnya adalah kawasan hutan hujan tropika.

Sabah adalah negeri pengeluar kayu balak yang utama di Malaysia selain Sarawak dan ia juga menghasilkan petroleum serta koko dan minyak sawit.

Pelancongan adalah satu industri yang penting di Sabah.

Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan terletak di barat daya Sabah iaitu 10km dari pantai daerah Kuala Penyu.

Labuan yang pada mulanya sebuah daerah di negeri Sabah telah menjadi Wilayah Persekutuan pada Februari 1, 1984 iaitu 10 tahun selepas ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di Selangor, diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang pertama.

Kini terdapat 3 buah Wilayah Persekutuan di Malaysia - Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (Februari 1, 2001, diambil dari negeri Selangor).

Ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini ditadbir oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di peringkat kerajaan pusat. Di peringkat tempatan Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Labuan oleh Perbadanan Labuan dan Putrajaya oleh Perbadanan Putrajaya.

Labuan mendapat namanya dari perkataan Labuhan yang bermaksud Pelabuhan dalam Bahasa Melayu Brunei.

Pulau itu pada mulanya sebuah daerah kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan telah menjadi jajahan British.

Dalam tahun 1946, Labuan telah menjadi wilayah dalam negeri Sabah.

Setelah menjadi Wilayah Persekutuan, Labuan telah menjadi Pusat Kewangan Antarabangsa Luar Pantai yang pertama di Malaysia.

Antara tempat pelancongan menarik di Labuan ialah Taman Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), Cimni Labuan dan Taman Burung Labuan.

Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam.

Penduduk Labuan yang berjumlah kira-kira 77,700 orang terdiri daripada orang Melayu Brunei (78 peratus), Cina (16 peratus), Kadazandusun (5 peratus) dan India (1 peratus).

Friday, June 6, 2008

Ngah Ibrahim Pulang Ke Perak

Ngah Ibrahim adalah seorang menteri dalam kerajaan Sultan Ali Shah, Sultan Perak di zaman 1860an.

Berketurunan raja-raja Johor, Kedah dan Kelantan, beliau adalah anak Long Jaafar, penghulu Larut (kini Taiping) yang menemui bijih timah di sana serta membangunkan bandar yang kedua terbesar di negeri Perak.

Ngah Ibrahim yang bergelar Menteri telah dibuang negeri oleh pihak kolonial British berikutan tindakannya menentang penjajahan Barat pada tahun 1870an.

Beliau tinggal dalam buangan di Kepulauan Seychelles selama sedekad dan kemudiannya dihantar ke Singapura. Beliau meninggal dunia di Singapura pada tahun 1895.

Pada tahun 2006, kerajaan Malaysia dan Singapura telah bertindak mengebumikan semula Ngah Ibrahim di Kuala Kangsar, bandar diraja Perak.

Turut dikebumikan semula ialah sekutu politik dan bapa mertua Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang hidup dalam buangan di Seychelles dan Singapura.

Seorang lagi sekutu politik Ngah Ibrahim, Shahbandar Uda Makmur yang turut dibuang negeri ke Seychelles dan Singapura tidak dapat dikebumikan semula sebab makam beliau di Singapura belum dapat dikenalpasti.

Uda dan Muhammad Amin berketurunan raja-raja Johor.

Muhammad Amin juga berketurunan Laksamana Hang Tuah, pahlawan agung Melaka dan Johor.

Wednesday, January 2, 2008

Kisah Kampung Sungai Sekiah, Tanjung Malim

Terima kasih, Wikipedia.

Kampung Sungai Sekiah terletak di Behrang Ulu Batu 7, Tanjung Malim, Perak.

Kampung ini mula-mula diterokai dalam tahun 1917 oleh panglima perang Sultan Selangor yang berketurunan Johor-Riau iaitu Panglima Ubong.

Beliau datang ke Tanjung Malim bersama-sama dengan peneroka-peneroka berketurunan Kedah dan Johor-Riau dari Kesultanan Deli (Medan) di Pulau Sumatera.

Terdapat lebih kurang 100 buah rumah yang menempatkan hampir 400 orang di kampung ini, tidak termasuk mereka yang telah berhijrah ke tempat lain.

Penduduk kampung ini kebanyakannya adalah penoreh getah serta pemilik dusun buah-buahan.

Tuesday, January 1, 2008

Bandaraya Di Malaysia

George Town (1 Januari, 1957)
Kuala Lumpur (1 Februari, 1972)
Ipoh (27 Mei, 1988)
Kuching (1 Ogos, 1988)
Johor Baru (1 Januari, 1994)
Kota Kinabalu (2 Februari, 2000)
Shah Alam (10 Oktober, 2000)
Melaka (15 April, 2003)
Alor Star (21 Disember, 2003)
Miri (20 Mei, 2005)
Petaling Jaya (20 Jun, 2006)
Kuala Terengganu (1 Januari, 2008)

Nota: Pada 1 Januari, 1976, Akta Kerajaan Tempatan telah menggabungkan Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Balik Pulau dan membentuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Sunday, December 2, 2007

Tentang Akademi Fantasia

Akademi Fantasia ialah rancangan pop realiti terpopular di Malaysia.

Diterbitkan oleh stesen satelit negara, Astro TV, Akademi Fantasia diilhamkan dari rancangan realiti La Academia di Mexico.

Akademi Fantasia atau AF disiarkan di Astro TV setiap tahun mulai tahun 2003.

Rancangan itu telah dihoskan oleh pelawak dan aktor terkenal Malaysia Aznil Nawawi untuk 5 musim.

Akademi Fantasia bertujuan mencungkil bakat nyanyian, lakonan dan personaliti TV yang baru. Ia menyediakan bimbingan yang sistematik dan berdisiplin untuk anak-anak muda yang ingin menjadi selebriti hiburan yang berjaya.

Di setiap musim/tahun, pelajar/peserta yang dipilih untuk Akademi Fantasia akan diasingkan di dalam "kampus"/"akademi" di kawasan sekitar Kuala Lumpur selama 10 minggu.

Peserta yang berjumlah antara 12 hingga 16 orang, separuh daripadanya wanita, akan dilatih dan dibimbing oleh profesional dari dunia hiburan dalam nyanyian, tarian, lakonan dan persembahan.

Tenaga pengajar Akademi Fantasia diketuai oleh Pengetua yang merupakan produser atau komposer tanah air yang dihormati.

Konsert mingguan Akademi Fantasia berlangsung setiap hari Sabtu dan peserta yang mendapat undian Servis Mesej Ringkas atau SMS terendah dari penonton akan tersingkir dari pertandingan itu.

Penyingkiran akan berlaku di setiap konsert mingguan sehingga peserta terakhir diisytiharkan sebagai juara tahunan Akademi Fantasia.

Astro TV memilih calon pelajar atau peserta dari seluruh pelosok negara.

Berikut ialah senarai pelajar atau peserta Akademi Fantasia (negeri asal dalam kurungan, Selangor merangkumi Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Sabah merangkumi Labuan).

Asmawi Ani (Johor) [Juara Musim 3], Khairul Nizam Mohamad Wahi (Johor) [Naib Juara Musim 1], Ahmad Zahid Baharuddin (Perak) [Juara Musim 2], Elliza Abdul Razak (Perak), Salima Habibi (Perak), Haziq Rosebi (Johor), Fatin Yahya (Johor), Zulkefli Mohamad Idir (Selangor), Fuad Razlan Azri (Selangor), Yusrizan Usop (Sarawak) dan Rosmayati Sidik (Pahang).

Vincent Chong Ying-Cern (Selangor [Kuala Lumpur]) [Juara Musim 1], Linda Nanuwil (Sabah) [Naib Juara Musim 2], Marsha Milan Londoh (Sabah), Karen Tan Lee Suan (Kelantan), Velvet Aduk (Sabah), Rueben Thevandran (Selangor [Kuala Lumpur]), Rich Gimbang (Sabah), Lotter Edin (Sabah) [Naib Juara Musim 4], Yazer Yusof (Sabah), Asma Abdul Ghani (Sabah), Felix Agus (Sabah) [Naib Juara Musim 3] dan Ebi Kornelis Firdaus Yaimal (Sabah) [Naib Juara Musim 5].

Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kelantan), Nurul Hana Che Mahazan (Johor), Asiah Tunakma Abdullah (Perak), Idayu Yaakob (Kelantan), Farhan Azizan (Johor), Nur Azilah Seeron (Johor), Nor Syarmilla Jirin (Pulau Pinang) [Juara Musim 5], Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Pahang), Aizat Datuk Amdan (Pahang), Wan Nurul Zhana Wan Hanizan (Terengganu), Shawal Ruslan (Negeri Sembilan), Adyana Kholid (Selangor), Aryanna Najwa Ahmad (Pulau Pinang), Shafiq Ramadzan (Negeri Sembilan), Heliza Helmi (Terengganu), Faizal Ramly (Terengganu) [Juara Musim 4], Aswad Jaafar (Pulau Pinang), Nik Aidil Nik Zamri (Kelantan) dan Shamsul Hirdi Muhammad Muhid (Johor).

Muhammad Aizam Mat Saman (Sabah), Norashikin Abdul Rahman (Sabah [Labuan]), Nordawati Daud (Sabah), Nonny Nadirah Zainuddin (Sabah), Candra Clement (Sabah) dan Farha Jasmen (Sabah).

Edlin Datuk Abdul Rahim (Melaka), Zarina Zainoordin (Johor), Nurlizawaty Ismail (Perak) dan Siti Harnizah Tahar (Johor).

Farah Diana Anuar (Kedah), Nurullah Abdul Hamid (Sarawak), Amylia Azlan (Sarawak), Amylea Azizan (Kedah), Suriati Abu Bakar (Pahang), Azzariah Suaymi (Selangor), Amirul Azwan Ghazali (Sarawak) dan Hasfarizal Ayub (Sarawak).

Ahmad Azizi Mohamad (Pahang), Fitri Zainal Abidin (Selangor), Reza Mohamad (Sarawak), Anding Indrawani Zaini (Sarawak), Adi Fashla Juraimi (Selangor) dan Sahri Sarip (Melaka).

Berikut ialah senarai Pengetua dan pelajar untuk setiap musim Akademi Fantasia.
Peserta diatur menurut kedudukan dalam pertandingan.

Musim 1.
________
Pengetua
__________
Freddie Fernandez (komposer dan produser).
Pelajar
_________
Vincent Chong Ying-Cern, Khairul Nizam Mohamad Wahi, Ahmad Azizi Mohamad, Siti Harnizah Tahar, Nurlizawaty Ismail, Sahri Sarip, Nurul Hana Che Mahazan, Rosmayati Sidik, Rueben Thevandran, Suriati Abu Bakar, Adi Fashla Juraimi dan Azzariah Suaymi.

Musim 2.
________
Pengetua
_________
Ramli M. S. (komposer dan produser).
Pelajar
_________
Ahmad Zahid Baharuddin, Linda Nanuwil, Muhammad Aizam Mat Saman, Farah Diana Anuar, Yusrizan Usop, Wan Muhammad Khair Wan Azami, Asma Abdul Ghani, Nurullah Abdul Hamid, Zarina Zainoordin, Anding Indrawani Zaini, Fitri Zainal Abidin dan Edlin Datuk Abdul Rahim.

Musim 3.
_________
Pengetua
_________
M. Nasir (komposer, produser dan penyanyi).
Pelajar
________
Asmawi Ani, Felix Agus, Amylea Azizan, Marsha Milan Londoh, Yazer Yusof, Zulkefli Mohamad Idir, Asiah Tunakma Abdullah, Norashikin Abdul Rahman, Nik Aidil Nik Zamri, Amylia Azlan, Reza Mohamad, Idayu Yaakob, Fuad Razlan Azri dan Elliza Abdul Razak.

Musim 4.
_________
Pengetua
_________
Ramli Sarip (komposer, produser dan penyanyi).
Pelajar
________
Faizal Ramly, Lotter Edin, Farhan Azizan, Hazwan Haziq Rosebi, Velvet Aduk, Amirul Azwan Ghazali, Shamsul Hirdi Muhammad Muhid, Nor Salima Habibi, Nur Azilah Seeron, Rich Gimbang, Karen Tan Lee Suan dan Nordawati Daud.

Musim 5.
_________
Pengetua
_________
Roslan Aziz (produser).
Pelajar
________
Nor Syarmilla Jirin, Ebi Kornelis Firdaus Yaimal, Aswad Jaafar, Heliza Helmi, Candra Clement, Shawal Ruslan, Gadaffi Datuk Ismail Sabri, Aizat Datuk Amdan, Hasfarizal Ayub, Aryanna Najwa Ahmad, Nonny Nadirah Zainuddin, Farha Jasmen, Fatin Yahya, Shafiq Ramadzan, Adyana Kholid dan Wan Nurul Zhana Wan Hanizan.

Thursday, September 20, 2007

Tentang Malaysia

Maklumat dari Wikipedia & Malaysiana2.

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara.

Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan.

Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo bersempadankan Indonesia di selatan dan Brunei di utara.

Di zaman dahulu, Semenanjung Malaysia atau Semenanjung Melayu adalah pusat perdagangan utama Asia Tenggara.

Negeri Johor menjadi penghubung kepada India dan China dari segi ekonomi dan menjadi tempat persinggahan untuk peniaga dari kedua buah negara besar Asia itu.

Johor memerintah seluruh kawasan Asia Tenggara termasuk negara moden Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Timor Timur.

Johor menaungi semua negeri awal di Alam Melayu (Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Timor Timur) dan Johor sendiri dinaungi oleh China.

Dalam tahun 1511, Melaka iaitu negeri yang diperintah oleh Sultan Johor ditakluk oleh Portugis. Belanda telah menakluki Melaka dalam tahun 1641.

Dalam tahun 1784, seluruh Empayar Johor ditakluk oleh Belanda. Tetapi dalam tahun 1824, dengan campur tangan British, Belanda telah meninggalkan Semenanjung Melayu.

Kawasan Kepulauan Melayu kecuali Sabah, Brunei, Sarawak, Filipina dan Timor Timur telah diserahkan oleh Sultan Johor kepada Belanda [Filipina ditakluk Sepanyol dan Timor Timur ditakluk Portugis dalam tahun 1500an].

Mulai tahun 1786 dengan penaklukan Pulau Pinang, Britain telah menjajah Malaysia.

Dalam tahun 1909, Britain telah memasukkan kembali Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ke dalam Malaysia. Keempat-empat negeri itu telah ditakluki Thailand selama hampir seabad.

Malaysia merdeka dari pemerintahan British pada Ogos 31, 1957 sebagai Persekutuan Malaya yang meliputi 11 negeri di Semenanjung Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pada September 16, 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah mencapai kemerdekaan dari Britain dan menyertai Malaya. Negara Malaya telah mengubah namanya kepada Persekutuan Malaysia.

Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Brunei diperintah oleh British sehingga 1 Januari, 1984 apabila negara itu mencapai kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Sultan Agung Malaysia iaitu Yang Dipertuan Agong dipilih setiap 5 tahun oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai oleh Sultan (atau Raja bagi Perlis dan Yang Dipertuan Besar bagi Negeri Sembilan) yang memerintah 9 negeri beraja - Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri menjalankan pemerintahan sebenar. Pilihanraya untuk Dewan Rakyat, dewan utama Parlimen, diadakan 5 tahun sekali. Ahli Dewan Negara Parlimen dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Malaysia ialah sebuah negara industri baru yang banyak mengeksport barangan konsumer dan mesin. Di zaman awal selepas Merdeka, Malaysia adalah pengeksport bahan mentah getah, bijih timah dan kelapa sawit.

Penduduk Malaysia terbahagi kepada 4 kaum utama iaitu kaum bumiputera Semenanjung Malaysia yang dipanggil Melayu (53 peratus), kaum bumiputera Malaysia Timur yang dipanggil Bumiputera Timur atau Bumiputera Borneo (10 peratus), kaum Cina (27 peraturs) dan kaum India (10 peratus).

Agama yang dianuti di Malaysia ialah Islam (59 peratus), Buddha (23 peratus), Kristian (10 peratus), Hindu (7 peratus) dan Sikh (1 peratus).

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan (terdiri daripada tiga buah bandar).

Berikut ialah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia (ibu negeri dalam kurungan).

Johor (Johor Baru).
Kedah (Alor Star).
Kelantan (Kota Baru).
Melaka (Bandaraya Melaka).
Negeri Sembilan (Seremban).
Pahang (Kuantan).
Perak (Ipoh).
Perlis (Kangar).
Pulau Pinang (George Town).
Sabah (Kota Kinabalu).
Sarawak (Kuching).
Selangor (Shah Alam).
Terengganu (Kuala Terengganu).
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
Wilayah Persekutuan mengandungi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Puncak tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu di Banjaran Crocker, Sabah (4,175m).

Banjaran gunung terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa (500km).

Sungai terpanjang di Malaysia ialah Sungai Rejang, Sarawak (563km).

Jambatan terpanjang di Malaysia ialah Jambatan Pulau Pinang (13.5km).

Gua terbesar di Malaysia ialah Gua Mulu di Marudi, Sarawak.

Negeri terbesar di Malaysia ialah Sarawak (124,450km persegi).

Negeri terkecil di Malaysia ialah Perlis (810km persegi).

Tempat paling lembap di Malaysia ialah Kuching di Sarawak (lebih daripada 5,080mm setahun).

Tempat paling kering di Malaysia ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan (kurang daripada 1,524mm setahun).

Kawasan paling padat penduduk di Malaysia ialah Kuala Lumpur (6,074 orang per km persegi).